nuffnang

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 21 December 2011

Sebelum masuk kerja


Sebelum masuk kerja bulan Januari 2012 nanti,aku nak tunaikan segala keinginan yang dah lama bersarang dalam kepala otak aku.
Sekali gus,dapat jugak penuhi azam 2011 yang dah lame terbiar dan bersemak.

kesian .


Malam ni abah nak belikan mesin pemutar kek . yeppi!!
jadi,masalah keruan,kegelisahan serta kemogokkan bakal dihapuskan.
(pergi kauuu !)

Maknanya,client-client sekalian yang dah oder macaron tu boleh la tarik nafas lege .


...........................

Jadual aktiviti pada esok hari kompem-kompem jelah duduk kat dapur dari pagi sampai lah ke malam. 
Almaklum lah dapat mesin baru. Mesin lame dah boleh bagi kat budak-budak tadika. Biar la diorang main masak-masak  dengan mesin rosak aku tu.. 

....................

Macaron dan Apam Polka Dot ^^

Sekarang dah boleh main-main tepung dengan tenang. Dah tak payah nak pikir "bile la nk baca buku".

ahaks.





picture creadit to live journal

Tuesday 20 December 2011

Mata Aku




Bangun pagi ambil henpon , taip-taip ape yang patut dan send kepada hencik nabil. <3

Then,amek towel masuk toilet.

Then,pakai baju,pakai minyak zaitun,pakai bedak,pakai ape2 yang patut.

Then,amek penyapu,amek mop,bancuh air sabun pastu buat lah ape-ape yang berkenaan.

Then,keluarkan periuk,kuali,ayam mentah,daging,sayur-sayur . Menu hari ini ialah tomyam,ayam masak manis.

Then,duduk atas katil bukak notebook,layan facebook.

Then create entry untuk hari ni.

Then aku tak tahu nak buat ape. 

kau nampak tak gambar  tu?? Gambar aku. Disebabkan tak de keje,aku sengaja bukak paint,lepastu sengaja hitam kan mata aku. Biar kasi nampak bulat..
hahahahaha.
Tak de keje la kate kan.




Ok assalamualaikum.


nak layan 3Idiots ^^

Monday 19 December 2011

Selepas STPM kaki aku nak melangkah kemana?


hip hip hurayyyy!!

Dengan ini tamat lah sudah 1 Tahun setengah aku bergelar budak STPM.
Rasa seronok ade Rase sedih ade Rase pelbagai rase ade,masin ade,manis ade,lagi ape??

Fatin,Kiena,Pieka,Asma,Mullah,Fahmi,Mira,Samantha,Afiq,Lili, dan kawan-kawan yang lain, selamat tinggal :(




entah bile lah kan nak jumpa lagi??

korang semua jauh-jauh dari aku. kenapelah korang buat rumah jauh-jauh??aduhhh..

.................

Maka,bermula lah era mencari pengalaman kerja. Aku nak keje ape ek?? ade tak keje gaji basic dia 1000??? nak lah . tapi ape kojonye?? 

kalau aku keje sebagai guru sandaran ok x?? hmm,xnak lah nanti budak-budak buli aku . Kalau aku keje jadi pelayan kat Johnny atau restoren pulak?? hmm,nampak macam best tapi ntah la.
kalau aku keje kilang??? nanti orang pandang rendah kat aku pulak.

Eh??? yeke?? kenape lah kuno sangat orang-orang  yang pikir macam tu?? kan halal tu keje kilang. kalau buat over time boleh cecah beribu-ribu ringgit kot. apelah kan...
 Dulu-dulu,abah aku suka perli aku bile nampak pekerja kilang lalu depan kitaorang mula lah dengan ayat dia "tengok orang tu,kecik-kecik tak nak bace buku,kan dah keje kilang. Kamu nak jadi macam tu nadhirah??"

tu,dulu lah. sekarang dah lain. Orang masuk kilang setakat sijil SPM pon dah boleh pergi jauh tau. Ini mak aku yang cerita lah kan,anak kawan dia masuk keje kilang pakai sijil SPM je. sekarang pihak kilang dah hantar dia pegi belajar kat korea . Bila balik Malaysia dia dah ade pangkat tinggi dan gaji 2 paham-paham la kan.. Pehhh,gempak kan???

Jadi,semua pekerjaan tak mustahil  boleh ubah nasib seseorang. Yang tinggal hati n kekuatan orang tu sendiri je. kalau pemalas alamatnye tak kemana lah kau. 

renung-renungkan lah ye.

..............................

lepas je aku kerja ni,dah dapat gaji,aku betul-betul nak simpan duit. Dah tak nak jadi macam dulu . Dapat duit gaji,terus sekejap je duit habis macam air.. uihh dasyattt.
dah serik dah. Dah malas nak dengar n kene perli dengan hencik nabil . hehehe.

.................................

Dan keje sampingan yang aku nak buat ialah bisnes Macaron . hehe. Niat dah ade,tapi satu je masalahnye. 
Mesin pemutar kek aku boleh pulak rosak time-time macam ni...
aduhaiii..
Clien-clien dah tunggu dan aku masih tepinga-pinga nak caik pemutar kek.
dugaan , dugaan . 

...............................

semoga aku dapat kerja yang baik dan bisnes berjalan lancar serta kawan-kawan ku tak lupakan aku 

^^

tambahan lagi,semoga aku bahagia dan kuat dengan ujian kehidupan disamping mereka-mereka yang terpenting dalam hidup aku termasuk lah si dia. D'rabell <3

Saturday 26 November 2011

Alkisah STPM saya minggu pertama



STPM 2011 dah pon tiba
dan aku adelah calon STPM

macam biase, bila ade je exam t'besar dalam hidup,mesti badan nak mengigil bagai..
mula lah kepale hotak nak meragam
saat2 akhir tulah kerajinan maximum mengadap buku mula muncul 
hebatnye saya..

hehe


muka 1st day nak stpm



1st day STPM 2011 kali ni, bermula dengan subjek Pengajian AM kertas 2.
Ade karangan. Kene jawab 2 biji karangan !!! pemahaman ade, Graf ade n Carta Alir pon ade.
semua2 tu kene jawab.
pastu yang tak boleh blahnye ialah, masa aku tak cukup untuk jawab paper tu !!!! 3jam pon masih tak cukup. ape taknye, dah syok layan karangan2 tu sampaikan graf aku tuu,haisshhh malas la nak cakap..
tapi rase lege gak sebab rata2 budak stpm yang lain cakap graf tu susah kali ni..


ok lupakan lah pengajian am tu. dah berakhir pon.


2nd day.muka aku lepas stpm paper BM. tanda bagus sbb dpt jwb dgn baik :)


2nd day pulak paper Bahasa Melayu kertas 2
quite ok lah.. tak banyak ragam. 
cuma rumusan je pening2 sikit.
alhamdulilah boleh jawab


3rd day. wajah semangat nak amek paper STPM SEJARAH 2



sejarah..
ohooo.. aku rase sangat menyesal spot soalan. tapi alhamdulilah soalan senang-senang
tapi tu lah. soalan senang gak lah aku amek remeh temeh. pastu tuptup masuk stpm
hafal pulak sikit-sikit..
gile lah!!! target MESIR sekali keluar MESOPOTAMIA. nasib jugaklah aku ade jugak bace pasal tu

ni nak cerita..
hehehe

time paper sejarah,meja aku betul-betul kat tepi pintu belakang dewan.  bangunan aku kat tingkat 4. kawasan tu angin betul-betul tiup kuat..sejuk.

ade 2 pengawas peperiksaan dalam bilik exam aku .
 seorang guru cina. lelaki. beliau sangat funny tahu tak! dan seorang guru perempuan melayu muka dia garang.

nak jadikan cerita. guru lelaki tu aku tengok comel sebab faktor badan dia macam tedy bear yang montel..
dan perangai dia pon comey..
dia agak clumsy sikit.. baju yang dia pakai tu agak ketat .tu yang buat lawak. aku tengah jawab exam pon boleh ketawe-ketawe tengok perangai dia. macam budak perempuan yang mengada-ngada. Nasib baik jelah dia tu lelaki. Tak lah teserlah kegedikkan dia tu.
hee
dari situ dah dapat agakkan beliau jenis yang camne??

keadaan dalam bilik exam tu sunyi sampaikan dapat dengar bunyi angin meniup kencang. calon-calon semua dah kusyuk jawab soalan. tetibe dengar bunyi . kelecikk,kelecikk..(bunyi orang tengah amek gambar) .  menganggu betul! 
Aku pon tengoklah  makhluk mana yang buat onar tu.. sekali cikgu laki tu daa. macam-macam position dia amek untuk bergambar. kau tak rase geram ke dengan bunyi-bunyi tu??? tahu-tahulah kan kamera henset kalau bukak bunyi,bunyi dia cmne?? haishhh. kelecikkk..



then,aku sambung lah jawab exam tu. tetibe angin tiup sangat kencang. tak semene-mene pembaris aku terterbang dan tercampak kat meja kawan aku,lili dan terlanggar satu objek. 
bedebuk!! bunyi kopak pensel dak lili jatuh dengan kuat sekali..
hahaha. pastu aku tengok lah cikgu laki yang kusyuk amek gambar tu..
terkejut dia nauzubillah. sumpah kelakar.
nasib baik je henset dia tak tercampak 10meter dek terkejut dengar bunyi tu.


sepatutnye,kalau barang-barang calon jatuh, pengawas pemeriksaan 2 yang kene tolong amekkan kan??
dak lili pulak macam sebersalah nak bangun pegi amek pensel2 yang dah bertabur tu
yelah,calon mane boleh bangun dari tempat duduk.
nak tak nak terpakse lah kawan aku tu kene kutip sendiri barang-barang tersebut sebab pengawas tu pandang lili,lili pulak pandang pengawas tu..


cikgu laki tu perhatikan je sambil wat muke bersalah
agaknye dia comel kot sebab tu dia tak mau tunduk n mencangkung tok kutip barang2 tu.

papepon,insiden tu sedikit sebanyak ilang gak tension nak jawab 4 biji karangan sejarah.



semoga paper seterusnya aku n calon-calon STPM yang lain dapat jawab paper STPM dengan mudah.. amin




p/s: syok giler dapat cuti 10hari coz paper aku seterusnye bersambung nextweek punye nextweek..hehe.

Sunday 23 October 2011

Dugaan oktober


Sepanjang minggu ni awan sentiase mendung,kadang kala gelap, dan kadang kala hujan turun renyai-renyai,ada jugak lebat.
sepertinya awan turut sama merasai kesedihan ku sepanjang minggu ni.

ya, aku sedih . macam-macam perkara telah berlaku



sepatutnya,tempahan macaron dah siap 2 minggu lepas lagi. disebabkan hujan,proses tu tegendala.
client dah bank in duit dalam bank awal-awal. Sebesalah aku di buatnya.
bukan aku sengaja lewatkan proses penghantaran tu.
tapi,faktor cuaca membuatkan aku tak dapat teruskan membuat macaron.
tambah rumit lagi keadaan,mesin pemutar kek aku dah rosak
sungguh mencabar dugaan ni
 aku berharap,client2 aku faham keadaan aku sekarang ni.


aku tetap dengan kau walau apa pun berlaku

aku nak dia tahu yang aku tetap dengan dia walau apa pun berlaku
aku sebak sangat tengok keadaan dia macam tu.
mungkin dugaan ni ade hikmahnya.


semoga segala urusan ni cepat diselesaikan.
aku terlalu rindukan dia.



I LOVE U NABIL

Thursday 6 October 2011

Dia bizi,akupun terikut bizi


Lame dah tak update entry. rase rindu pulak. 

Hari semakin hari,semakin dekat. STPM 2011 dah hampir tiba. Mase pon dah suntuk
harini mase yang ade pon untuk lepaskan gian yang dah berminggu-minggu aku tak hupdate blog..
ohhhoiii,rindu sangat nak merepek-repek.




.....................................



masing-masing dah bizi.
masing-masing dah sedar mase depan sangat penting! (baru nak sedar kot..haha)
sekarang ni fokus aku pada STPM
sekarang ni fokus si dia pada kerjaya 
masing-masing ada matlamat

Semoga pembawaan matlamat kami ini memberi kesan yang sangat positif dalam hubungan kami untuk masa depan

aku suka semangat yang si dia tonjolkan.. 
''nak capai ape yang kita impikan mestilah bermula dari bawah,susah n sakit"

demi memiliki rumah sendiri, demi memiliki kereta  Alza kami, demi hidup semati kami
Aku dan dia sanggup bizi..(hahahahuhuhu)

Semoga impian kami tercapai dan diredhai Allah S.W.T





semoga manusia ini tabah dan mencapai cita-citanya bersama si dia 

Tuesday 16 August 2011

Macarons 12biji, RM10 !!!!


engkau tahu tak sebiji macaron adalah RM2 hengget?? sebiji taw!
 mahal x mahal.

baiklah. 'Macaron'



Macaron ni adalah sejenis kudapan orang perancis.. diorang kat sane,petang-petang ratah macaron.
kita pulak petang-petang ratah keropok cicah belacan....muehehe..
jadi,balik pada cerita entry ni,sekarang ni pembuatan macaron ni dah mula popular kat dalam negara kita ni(Malaysia).. dan kuat jugak lah pengaruh macaron ni
ramai jugak yang dok tercari-cari macaron sane-sini
sampaikan macaron ni boleh dibuat sebagai barang hantaran untuk orang kawin,bufday party or what ever event yang adelah.




dan pengaruh macaron ni dah pon mempengaruhi diri aku.
kau tahu tak, aku jeles tengok orang yang reti buat macaron..
mane boleh kan. nak jugak lah aku try.


masuk semalam, sudah 4 kali try, 4 kali bikin, 4 kali mencuba buat macaron ni supaya ia benar-benar menjadi!!!!!

kate orang, usaha tangge kejayaan. jadi aku tak mahu lah jadi orang yang gagal ^^

........................................



kate orang harga macaron yang sebesar 50sen harganya RM2 sebiji tu agak berbaloi
sebab pembikinan dia perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi dan perlu berhati-hati
tambah pula ,macaron ni comei-comei je kan
agak tu lah kot dia mahal
alah, macam  Ferrer roche la mahal dia tu



macaron ni sangat lah tersangat manis!!!!
manis dia tu boleh membuatkan muka kita sentiase nampak manis walaupun engkau time tu tengah marahkan kucing engkau yang suka kencing sepah-sepah tu
hahaha, nampak tak kehebatan pada macaron tu??

walaupun rase dia sangat manis,tapi dia comel!!!
patutlah ramai yang buat tempahan macaron ni
nampak warna warni

bila kita dah gigit macaron ni, rase crunchy di luar dan chewy di dalam.
ko dapat bayang kan tak??
oh,soryy. puase la.
hehehe
:p

kalau kita jadikan macaron ni sebagai buah tangan kepada seseorang ,pasti hati si penerime tu  rase ''oh indahnye hidupku bagaikan pelangi  yang berwarna-warni"





so, oleh kerana aku sudah berjaya menghasilkan macaron
aku fikir nak bukak bisnes sikit lah kawan-kawan

sekarang ni hobi aku adalah menghasilkan macaron.
asyik hasilkan je sampai menimbun-nimbun , baik aku buat bisnes kan???

baiklah untuk bisnes online yang pertama kali dalam hidup aku ni, aku jual macaron dengan harga sedosen RM10.
12 biji , RM10

ok tak??

ni pon dah banyak kurang taw harga dia..
aku jual RM0.80 sebiji. baik tak hati aku???


sebelum tu, aku notice kan dulu ye.

saya ni dari melaka. kalau ade yang luar dari melaka tu yang nak buat tempahan macaron ni,boleh
tapi kos penghantaran pos laju kene caj taw. Dan peluang dapat harga murah ni berlangsung selama 2 bulan sahaja bermula  dari sekarang. Sebabnye,kalau jual murah terus bankrup la peniaga-peniaga yang lain. habis saya kene hentam pulak nanti. 


siapa yang mahu, pm saya di
nad fieya D'rabell


nanti saya bagi detail information setelah anda pm saya di facebook ok

^^




fuhh.. semoga titik permulaan aku ni berjaya suatu hari kelak



sumber:  google  n  drabell's blog

Saturday 16 July 2011

ku beri kau peluang



Semakin tiba waktunya,semakin banyak kekuatan yang aku perlukan untuk teruskan hubungan ni.
Kerana sayang akan  hubungan cinta ni,aku jadi lemah dan aku membenarkan semua ni berlaku
Aku pura-pura menjadi tabah,tenang dan sewaktu dengannye
tapi hakikatnye aku perit,sakit dan nak menangis pon macam nak taknak je


Aku tahu. Kadang-kadang jiwe seorang lelaki pade perempuan tidak begitu serius.
Maksud aku,lelaki lebih suka berkawan dengan perempuan lain lebih dari satu orang.
Bermesra-mesra dengan mereka. 
pada mulanye aku cuba buat tak kisah, cuba pandang bende tu remeh sebab aku tak nak jadi queen control
lame-lame,sikap aku yang macam ni. aku di pijak
mate aku kabur sehingga tak menjangkakan aku di dua kan sekali lagi
tapi itu hal lepas.
mereka dah tiada ape2 hubungan dah.

Tapi aku seorang perempuan yang percaya akan janji.
Tapi janji itu di mungkiri.
Sekali lagi,aku memberi kemaafan kepadanye buat kali ketige.
Bodoh kah aku??
Jika aku tanye pada dia, dia menjawab "ye,sebenarnye dah lame tahu yang awak ni bodoh"
cisss, hati aku sakit bila dia bilang macam tu. katenye, "jangan lah amek hati,tu kan lawak sepah maharajlawak "

lawyer betol. *loyer buwok


Memang benar pon,cinta itu buta kan? itulah yang aku alami sekarang
Tambah lagi hubungan ni dah masuk 2tahun lebih.
Macam-macam dugaan ,susah , senang, perit pernah kami alami.


Kenape???

kenape lelaki suka kecewakan perasaan perempuan?
ape salah perempuan yang lemah macam aku ni? kenape janji yang di ukir olehnye sendiri dia sanggup khianati??
atau aku memang ditakdirkan menjadi permainan seorang lelaki??
aku begitu geram sekarang ni. 
haiiihhhh

nasib baik lah dia jarang bace entry-entry dalam blog aku ni.
aku tak nak dia tahu perasaan aku sekarang ni
dalam blog ni lah tempat aku berkongsi perasaan dengan siapa senasib dengan aku.
agar cerita ni jadi pengajaran untuk kalian di luar sane.



Aku memang nampak dan sedar yang dia memang sayangkan aku.
Dia dah habis beribu-ribu ringgit untuk aku tanpa permintaan aku pon.
Jangan salah faham k, harga sebijik arai  mencecah beribu ringgit. katenye arai tu untuk aku.
Jam tangan G-shock pon dia bagi aku.
Bagi aku,harta bukan alasan cinta aku
tapi bukan melalui wang ringgit sahaja yang aku nampak bahawe dia sayangkan aku
Dia bersungguh-sungguh kenalkan aku dengan famili dia sendiri lebih-lebih lagi mak dia sendiri
jadi,perkara tu buat aku sangat terharu kerna hubungan ini sudah pon melibatkan keluarga


tapi dia sebagai seorang lelaki,haruslah hormat aku sebagai teman istimewe dia, kenape perlu ade perempuan lain untuk berkawan yang melebih-lebih dan mengedik-gedik?
tak ke macam sial je perangai tu.
haa, kan dah keluar bengkak aku.

dalam kesedihan aku hari ni. Aku selitkan kekuatan.
Aku harus kuat
lagi pun aku dah paham sangat perangai lelaki ni.
lelaki lain yang kat luar sane pon tak mustahil same jugak 2x5 macam dia
jadi,kalau putus pon xde gunanye. 
kelak,kene lagi bende yang same

aku takut kehilangan.
sebelum aku kecewe dengan keputusan yang aku buat,aku perlu fikir masak-masak
jadi sekarang ni, aku beri peluang kepadanye
setiap kali solat ku,aku tak pernah lupa berdoa agar kau berubah Muhammad Nabil Mohd Noor
semoga rintihan dan doa ku ini memberi kebahagiaan yang kekal kepada kita mase hadapan



gambar ini di ambil ketika aku di landa kesedihan dan dia datang menjelaskan perkara tu
romantik jugakkan settle n berbincang masalah kami atas tasik sambil berkayak??
hehehe.


doa kan aku kuat.




Thursday 14 July 2011

ape salah ku Ya Allah










Rupanye aku di .....................












doa kan aku tabah

aku nak jadi kuat. aq tak nak cepat melatah, aq tahu kelemahan aku sekarang .
aq betul-betul tak sangka......



dugaan ape kali  ini Ya Tuhan !!!











Sunday 19 June 2011

tanya sama POKOK yee.. (Hazama feat Meet Uncle Hussein)






Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Chorus
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

aku minat giler lagu ni.
Hazama feat Meet Uncle Hussein







ngeh ngeh ngeh..
tetibe pulak kan aku dan nabil muncul













Thursday 16 June 2011

main makeup-makeup ^^

salam.

mase kecik-kecik dulu aku tak macam ni,tak suka gaun kembang,tak suka lipstik,tak suka foundation.
bukan ape,sebabnya dulu mase kecik-kecik aku jarang sentuh barang perempuan. dan sebabnye juga, semua alat solek mak aku,dia dah sorok tinggi-tinggi dari ketinggian aku..
hahaha.
dulu kan kite semua kecik,pendek. tapi,sekarang dah tinggi. 
aku?
aku,tinggi bape inci je dengan ketinggian kereta kancil..
muaahahaha.
tapi antara kereta kancil dengan aku,aku lg tinggi okeyyhh..
:D
 mak aku sorokkan pon sebab salah aku jugak. aku pergi conteng dinding guna gincu dia.tak cukup dengan tu,aku terpatahkan gincu dia. malam tu jugaklah  kene sebat kat peha 2kali..
sob sob.
toubat owhh

hahaha.. budak2 lagi time tuh
.............................................................



macam biase,tak pergi sekolah,tak buat ape-ape,bosan giler dok membongkang je dalam rumah, 
hencik nabil pulak dah merayau pergi rumah member dia katenye malam nanti baru muncul.
sakit aku pulak menyerang pagi tadi je,sekarang dah okey
citer hindustan ISHQ pelakon dia Amir Khan dah aku dah habis tonton sampai mengalir air mate.
dan bila semua itu telah berlaku aku jadi bosannn!

...............................................

jadi,bila bosan bukak facebook.
bosan dengan facebook,layan blog.
bosan dengan blog,aku merayau pulak dengan hencik google..

sekali terjumpalah web pasal make up.
bila dah terjumpa ape lagi............
jeng jeng jeng.


aku make up an diri aku ni haa..

"phewiitttttt.. nak ngorat boleh???"
hehehe..
gilo,ngorat diri sendiri.


haha.. bulu mate tak menahan kan??? lipstik lawa kan..
fuyoo,kalau lah aku dah keje dah ade duit,dah boleh shoping2 make up..
gian hakuhhhh!

tak pe,tak pe,sabau jelah..ko tunggu.. ko tunggu mase akan datang..

.............................................

akan tetapi,kene jugak ingatkan diri aku ni haa..
tidak perlu terlalu over modified kecantikkan semulajadi yang telah di anugerahkan oleh-NYA
 hencik nabil juga berpesan supaya jauhi makeup.
what?? 
NO WAY lah yang tuh kann..
hidup tanpa secalit foundation,mane bolehkan. kompem2 lah muka aku pucat. dah la sememangnya pucat
xde pemerah bibir jadi tak semangatlah.
hencik nabil memang tak suka aku makeup..
tapi aku perempuan beb,jadi aku pon pujok dia supaye bagi keizinan..
alasan aku bagi.
"nabil suka motokan,dan dyra suka makeup"
muahaha,terus dia wat muka toye..

aku tahu,dia macam tu sebab tak nak bagi orang ngorat aku kan..ngeh ngeh ngeh(perasan)
taklah,hencik nabil memang jage aku dan mase yang same dia memahami aku.
sayang dia.
^^

........................................

jadi.. korang nak tak link main makeup-makeup ni..
mahu tak????????

ok,terima kasih.
sila senyum

dan

Assalamualaikum.

Monday 13 June 2011

Akademi Fantasia yang buat aku tak puas hati malam ni


tak syiookkk!!.


 sejak Akademi Fantasia nak tutup selame-lamenye ni,aku dah makin rajin kot tercegat depan astro ria tu stiap hari sabtu,9 malam dah sediakan popcorn sambil bukak volume kuat-kuat lepas tu mak datang dan   sound serta popet potpet macam biase.
haishhh.

harini,lepas je tak puas hati dengan kedudukan pemenang  
aku terus tak dek selere nak tidoq. tak syok lah. tak syok!
aku target Hazama menang dan juara. alhamdulilah,jadi nyata
dan tempat kedua tu Fina.
tapi Lena pulek yang sondol . huh.
dan azri tempat keempat

aiyaaa...

fina
sumber: dari photo facebook page Sassu

...............................................

tapi kan kenape ek,peminat-peminat Fina dan Lena ni asyik tak puas hati je.
cube korang bace comment-comment dalam page Akadami Fantasia 9 tu. 
ade dok ngutuk,ade dok puji..
haishhh.. xmoh la dok kutuk-kutuk secara kasar gitu.

secara jujurnya,aku tak lah minat sangat dengan AF ni,dulu iyelah minat sampaikan time tu aku darjah enam,simpan poster Vincent,pastu berangan-angan dapat kawen dengan dia..muahaha,tapi tak jadi kenyataan. anggan ku musnah. muahaha
so, memang tak dah fanatik macam dulu. sebab dah muncul macam-macam page,boikot tu lah inilah,tak puas hati itulah inilah,gosip lah itulah inilah.. haishhh macam macam itulah inilah,lah dikatekan. haa hambek kaw.

bebalik pada cerita. aku tak lah tengok diari sangat.
 so perangai diorang dalam diari ni pon aku tak faham sangat.
oleh itu aku tak mahu comment ape-ape.
yang aku nak comment Hazama memang kebabom!!!. 
kedudukan fina dan lena,aku tak suke. 
aku tak suke sebab bakat Fina lebih menonjol dari Lena. 
dan bukan sebab perangai diorang. yang tu lain cerita.
dan bukan jugak aku nak Fina menang sebab dia dekat dengan rumah aku...
tidak.tidak. aku tak pilih kasih.. heee

dan korang yang nak kritik tu mesti ade adab beb,jangan dok kutuk lepastu maki hamun dengan bende ni.
haishh,buat malu je.
macam tak professional langsung.
 semua ni kan hiburan. bukan tempat makian.
nak maki jangan tengok,tutup mate. pergi mengaji.
hambek kau.
 ok dahh ulas panjang-panjang nanti,aku pulak jadi sewel


...................................................................

Tahniah kepada pemenang-pemenang AF9 .
^^

Hazama. tak hensem rambut panjang.tapi dah potong,tergoda saya.. muahaha

Lena. rock lah jugak

fyna yang lantang

azree ditangga ke-4 , bukan ke -5. cute ^^.



Sunday 12 June 2011

Tutorial: print screen



ngehh..ngehh..ngehh..
benda dah lapok,sibuk-sibuk pulek aku nak buat tutorial ni ek.
 aku tahu, aku tahu dong kalian. aku tahu,majoriti semua orang dah tahu lah tutorial pintscreen ni..
copy screen yang ade dekat window,lepas tu paste dan seterusnye upload tu kan?
bile dah upload ucapkan hoyeah hoyeah wehooo...

disebabkan aku sesuke bebenau jadi pelupe,baik aku buat tutorial ni untuk diri aku sendiri jugak.
senang,tak payah dah godek-gedek search tutorial ni bile setiap kali nk gune
perlu behingat,hini behlog hakuw hokeykk. nak tumpang tengok pon tak pe,tak marah, saya ok aje. ^^
......................................................

mula-mula kene lah ade window yang korang nak copy tu dulu.
 aku pilih window ini.


tangkap pakai camera henpon yang tak berkualiti .  ciss

selepas itu, tekan Ctrl dan Alt serentak. tekan lame lame dan jari belah kanan tu tekan print screen pulak





selepas dah tekan semua tu,dah berjaye,dah puas, anda boleh lepas kan jari-jari anda  dan bukak program paint pulak 
tahu tak kat mane tu?? haisshhh,meh tekan Start-All Program tu dulu then cari  Accesories dan cari Paint     

apabila sudah terpangpang program paint,
 tekan pulak  Ctrl  dan v .(ctrl+v) 
nanti dia akan terkeluar window yang kite copy tu



selepa itu save

taraaa. ciap
^^

yang sebenornye nak tunjuk nih


nyeh nyeh nyehh.. :D
pagi-pagi tengah syiok tidur,hencik nabil ajak online.
dengan bacin aku gagah capai notebook lalu online dan open facebook dan tersengih-sengih dapat wall dari hencik nabil macam gini...

i love u hencik nabil.
<3

^____^

Saturday 11 June 2011

aktiviti orang sakit macam aku

hoyeahh . hoyeahh
sejak semenjak ni lepas balik dari hospital hidup ku bagaikan puteri yang hanye duduk atas sofa sambil makan keropok ikan dan menonton tv. kalau rancangan tak seronok,rampas remote dari adik kecik aku yang dari tadi asyik dengan kartun ben ten je tukar rancangan hindustan 133. layan tu lagi syiok. boleh layan cintan-cintan dalam hindustan,pastu sedia kan tisu lap air mate dok mengalir je
muahahaha.

nak pegang pisau salah,nak goreng nuget salah,nak tumbuk bawang lagi lah mak aku dok bising je.
tak boleh itu,tak boleh ini. sapu sampah bilik sendiri pon no way katenye.
hulamak . macam aku bos di rumah ini.. tehehehe.. seronok memang seronok. bosan memang ade.

adik aku si efa tu dah dok bengang dengan aku.muhahaha. 
ape taknye, semua keje yang biase aku buat,diserahkan padenye. takpe,biar dia rasakan. selalu nak malas je kan. harini baru kau tahu betape banyaknye kerja aku kat rumah. sedangkan kau dok tengok korea. ajak potong bawang ciput pon dah ngeluhkan. 
camnne nak kahwin nihhh.

 adik aku yang pura-pura rajin


.......................



seperti yang aku cakap tadi,aku dok depan tb sambil goyang-goyang kaki. 
dah terlampau bosan,aku online la jap ni haa,update diari aku ni haa dalam blogspot ni haa.
takde keje punya pasal haa.
padehal aku dah agak sihat,dah boleh menyanyi kuat2 dalam bilik air,dah boleh keluar merayau pergi kedai depan beli lolipop dah boleh buat aktiviti harian lah senang citer.


sebab mak terlalu ambil berat pasal ku,so macam ni lah jadinya.. super queen in the house..
muahahaha.
aku bersyukur sangat mak dan abah serta adik-adik aku mahupun orang tersayang sangat ambil berat pasal ku.
rasa diriku begitu dihargai.. :)
sayang kome.

jadi,aku pun rasa tak eloklah kalau dok diam je tak buat ape-ape. aku pun cube merengek renget macam anak kecil,konon nak tunjuk diripon rajin jugak la. hekhekhek .
:D
oleh itu mak bagi kerja.


aktiviti membuang tangkai cili...
apepon boleh lah... sambil tu meratah sekali cili tu,lepas tu terlompat-lompat ,jerit-jerit tak tahan pedas..
cepat-cepat bukak peti ais cari ais pastu cairkan ais tu dalam mulut.
perhhh rasa kelegaannye .
tehehehe...

setelah selesai kerja ku,mak n abah pulek mau pergi rumah baru.
aku macam biase dok rumah mengembangkan lemak-lemak badan.perhhh super bosan bosan dan bosan
akibat keprihatinan hencik nabil,
beliau bawak aku balik kampung

weeehoooo~
jadi, bye bye.
^^




::entri tengahhari tadi,::

Thursday 9 June 2011

pertama kali aku pakai baju hospital

tak pernah dan tak ku sangka akhirnya bende tu hinggap jugak kat lengan ku.
adehhh,nasib baik aku dah besar panjang,kalau tidak dah lame meraung "xmo!! xmo argghhh yah takmoh kene enjit mak..arghhhh uwek uwek" 

"nabiyah,
ade sape-sape name nabiyah??"
sorang pon tak nyahut panggilan jururawat tu, "haiya, banyak susah ini olang, olang mahu cepat dia pula xda dalam bilik ini"
"nurnabiyah rafiah!! panggilan terakhir"
eh,name aku tu,sejak bile name aku nabiyah ni, "nurse salah sebut name lah,nadhirah la,bukan nabiyah la"
langsung muka jururawat tu merah padam n buatlah aksi poyo dia depan aku.. hahah.



masuk je bilik operation tu, badan aku mengigil..
sejuk dia tak terkata,dah macam dalam peti ais besar je aku duduk. badan aku dah goyang-goyang,ketar-ketar.nak tekencing pon ade. dokter faiz dah dok ketawe kan aku dekat depan pintu operation.
=.=
dengan mengigil aku bersuare,"doookkkterrr, nnaaapee sesesejukk niii"
dokter faiz pon jawab"biaasse lerrr tttuuww,nnaakk bububunuhh kukukumann" haha kuwang asam punye dokter,dia dok perli aku,lepas je balas jawapan aku tu dia ketawe terbahak-bahak kan aku. dokter-dokter lain pon dok ketawe sekali. haha,hilang rase gementar aku 
memang spoting giler diorang, 



.....................................

aku disuruh baring.
tangan aku di urut-urut oleh dokter vincent nak cari urat
mula-mula cucuk kat bahagian tangan,alah budak sain sukan cakap atas tulang karpels

tak kene urat,cabut balik,cucuk tempat lain
kali ni cucuk pulak dekat pergelangan tangan.

tak dapat jugak! siot je, aku dah ngerang-ngerang.
 cabut balik.
kali ni kat atas tulang radius.. mak aihhh!!!

"sori adik, urat awak rapuh. kita cucuk kat lengan pulak eh"


makedatuk!!! empat kali beb! empat kali baru kene. dah la aku tengah mengigil,sejuk,takut kene pulak cucuk cucuk dan cucuk lagi cucuk. aku dah lah takut cucuk. pehhh

aku dah bebel,"auw,auw aduh aduh,sakitttt,saaakk...." dah kene bius langsung diam.
haha
...............................................




aku tersedar dari bius,pening-pening lalat aku dibuatnye. wahh aku dilayan bagaikan puteri..hehe.  tak silap aku ade 7orang dokter keliling aku,semua hensem-hensem n cantik-cantik.. hehe. kompem nabil jeles.. bhahhaa.
:p
seingat aku,tersedar je dari ubat bius tu,aku mengerang sejuk. pehh aii memang tak boleh tahan lah aku cakap,macam dalam peti ais yang nak bekukan aiskrim padle pop je

.........................................................................




kasihan tangan ku. sampai sekarang bengkak lagi.

 adik kedua aku teman kan aku. 
mase inilah aku buli dia.. haha.
biaselah,orang sakitkan kehendak mesti dituruti.
apelagi,time ni aku kacau dia. tolong ambil itu lah inilah..haha bia dia rase.
selalu dia buat sepah rumahkan,tak nak basuh pingan kan,campak kasuk rate-ratekan. aku kene kemas kan. 
biakan dia.
:p
papepon thanks teman kan akak.

time ni mak aku balik sembahyang

dan hencik nabil botak berasal dari endon ini jugak teman kan aku.
terimakasih sayang.
dia baru je balik dari interview bomba.
aku doa kan semoga dia dapat kerjaya tu.
amin
^^

terimekasih hencik nabil belanje jagung. 
aku mintak bunga ros merah,dapat pulak jagung kuning..
hehe papepon alhamdulilah

hahahaha. baju ni kelakau kau tahu tak. kene bekemban. nasib baik je tak tercabut.



.............................

terima kasih kepada pihak hospital yang sudi merawat aku
Alhamdulilah,semuanye lancar.
^^






Wednesday 8 June 2011

perasaan malam ni. aku takut esok.



aku tak dapat tidur.
air mate tengah mengalir.
tetibe hati aku sebak. sama ada salah aku atau salah siape-siape

mase ni,sekarang ni, aku perlukan semangat dari semua yang rapat dengan aku. family aku,kawan-kawan aku n tersayang
memang aku tak reti citer masalah sebenar aku kat semua orang
tapi mereka tahu  akan ketakutan aku esok.
ketakutan pertama kali aku rase situasi itu


mereka buat aku rase............ ntahla,salah aku mungkin. 

walau ape-ape pon,aku sayang kalian wahai kawan-kawan dan orang yang aku sayang 

Mak dan Abah tahu perasaan aku. untung aku. lebih untung jika kalian pon ade di sisi.
........................



semoga semua berjalan dengan lancar.

:)


Hadapi dengan senyuman,belakangkan emosi itu demi mereka yang aku sayang