Memang betul dulu aku malas sangat nak belajar,
Dulu aku suka main henpon ,main mesej-mesej
Kalau dua bende ni letak dekat atas meje belajar,aku akan pilih henpon (watu tu pakai csl murah 90henget tp tu lah bende kesayangan aw..hihi) berbanding buku-buku yang tebal nak mampuih yang buat mate berpinar2.
Dulu markah sains sukan aku suka dapat merah.
yelah orang dah pemalas memang lah dapat merah kan??
bila dah masuk form 6 teman paling rapat kite adelah dengan buku,tapi aku rapat dengan henpon.
Tidur dengan henpon,
Mandi dengan henpon,
Makan pon dengan henpon.
Dasyat . Sungguh dasyat bile tengok reportcard kecemerlangan. Merah dalam sains sukan.
Eh aku bencilah subjek ni.
Kalau tak sebab abah aku,aku takkan ambil subjek sukan-sukan ni..
Porahhh...
..................
Time kuliah, Pn.Alifah (guru sains sukan) suke sangat bangga2kan anak murid dia yang berjaya masuk Universiti.
Suke benor dia dok cerita zaman dia muda-muda dulu masuk sane sini,aktif sane sini
Bile dengar dia bercerita,rase macam seronok pulakkan adventure2 ni.
Hampir setiap kali kelas mesti mukadimah nak cerita pasal pengalaman2 tak pun bekas anak-anak murid dia tu..
Jeles.
YE !!! aku jeles leeerrrr.
Aduhaiii..
Cikgu pernah malu kan aku secare tidak sengaja.
Dalam kelas sains sukan hanye dua orang je gagal.
Aku lah salah seorang yang gagal tu.
Cikgu boleh pulak sebut name aku. "Nad!!?? awak gagal okey dalam subjek saya"
Memang buat kantoi betul.
Baru nak sorok markah ujian tu.
Tersentap. Malu.
Sejak tu aku dapat rase cikgu tak letak harapan tinggi dekat aku. Dia tak letakpun aku calon yang cemerlang.
Giler time tu memang rase diri aku ni bodoh je .
Aku berkawan dengan budak pandai-pandai.
Kiena, Atin ,Mira,Asma bila cikgu soal mesti dapat jawab kadang-kadang boleh berdebat.
Aku perhatikan je ,canguk,senyap.
Sejak peristiwe tersentap aku mula bangkit.
Aku tak nak jadi melayu yang cepat layu.
Aku nak bangkit selepas jatuh.
..................................
Akhirnya selepas setahun setengah menuntut ilmu aku memperolehi kecemerlangan yang tak disangka-sangka.
Saat aku tengok status ni rase macam tak percaya.
Aku takut UM salah ambil orang je.
Syukur Alhamdulilah.
Mak n Abah mesti rasa seronokkan.
seronok rasanya dapat banggakan mak abah.
Mase call atuk n opah kat Perak n Selayang diorang punya nada bunyi seakan gembira sangat..
yelah dulu aku jelah cucu yang tak masuk Universiti lagi.
Syukur sangat2.
Terima Kasih Mak Abah,Cikgu-cikgu,Kawan-kawan,Opah2 Atuk2 ku n paling rapat dengan aku,Nabil :')
Tak kerana mereka aku tak setahap ini. :')
Kerana cikgu ni aku sedar aku boleh
Kerana cikgu ni aku bangkit dari jatuh
Kerana cikgu ni aku mencuba sesuatu yang baru
Kerana cikgu ni aku bangkit dari jatuh
Kerana cikgu ni aku mencuba sesuatu yang baru
Kerana cikgu ni aku berjaya menjejak kaki ke Universiti Malaya.
Terima Kasih
Tak lupa juga Pn Noraini,Pn khatijah,En.Iskandar,En.Khalid dan En.Norman
:')