nuffnang

Daisypath Anniversary tickers

Monday 30 May 2011

Hana Tajima buat Tutorial lagi!! ^^


Assalamualaikum..

^^

Hana Tajima.. 

My inspiration dalam bab2 fesyen ni. style dia memang awesome giler!
tak silap aku,dia lah yang ajar Yuna cara pakai tudung .
 memang aku suke giler style dia.
dah lah cun,comel pulak tu. kalau lah aku ni seorang lelaki,akan aku mengorat dia ni sampai dapat.
haha
tapi sayangnye,sudah berkahwin owww..


Tahu tak,majoriti sebab dia lah ramai wanita-wanita di Malaysia ni berani menunjukkan gaya bertudung dengan macam-macam fesyen taw.
termasuklah aku...
ade tu sampai berbelit-belit nak tercekik pon ade oww.. (siapa suruh ko pergi payah-payahkan diri berbelit macam tu,simple2 sudah la)
err , aku cakap berdasarkan pengalaman je...hehe. (buat kantoi jerr)
style Hana Tajima ni memang terbaik! sebab cara dia simple dan nampak sangat awesome!





kulit dia cantikkan? sebab dia anak kacukan jepun + mat saleh
dan untuk pengetahuan mereka-mereka yang baru nak kenal Hana Tajima ni, dia baru sahaje memeluk islam.
dia seorang pereka fesyen
oleh sebab itu lah dia hebat dalam berfesyen ni










Hana Tajima dah macam-macam tutorial dia keluarkan untuk kongsi style dengan kita semua

hari ni,dia keluarkan tutorial lagi

siapa mahu tengok???


nak tengok kan??

 klik ini
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V









so far, aku dah berani lah keluar dengan high heel,pakai pashmina lepas tu buat gaya macam Hana Tajima yang vouge tu

tu pon ikut keadaan dan tempat
tak boleh terlalu over
nanti hencik nabil marah

dia cakap, jadi wanita yang suka pakai kain batik je lagi elok..

heee

 sekali sekala aku pon gian jugak nak merasa jadi up to date dengan fesyen..

ye dak??


time ni aku dengan adik ngade-ngade aku yang sorang ni di Perkampungan Buku Ayer Keroh,Melaka
first time ni keluar dengan mengayakan tudung  Hana Tajima 
rase macam diri ni vouge pulek..
hahaha
mane tidaknye,dah mate-mate orang dok pandang aku macam aku ni alien dari planet pluto pulak dibuatnye
tapi bila dekat KL ,aku buat gaya ni, tak de pulak orang nak pandang aku sampai tak berkelip-kelip
pandang atas bawah lepastu dah..
haiya.

itulah,lain tempat lain suasanenye

 ye dak??

papepon boleh la.


...........................................................


ok, hari ini entry simple sahaje sebab nak layan tidur pulek..

hehehe

salam...

Sunday 15 May 2011

contest : Malaysia's Next Top Female Bloger



s0oo gempax lerr 
jalan-jalan,merayau-rayau sekali jumpa la satu contest ni
perhhh memang professional sungguh contest ni, tengok tajuk n banner pon da rase h0tttt
hulamakkk aihhh
excited nih...
^.^

orang yang buat contest ni pon bukan calang-calang orang oww,pereka fesyen tu beb..
cube korang pergi terjah kejap belog dia...datang singgah je belog Sandra Azwan ni automatik memang boleh bawak kita pergi ke dunia fesyen!!! tu pon kalau korang tak berdegil untuk pergi terjah belog beliau 
^.^


pengalaman merasai perjalanan contest ni akan aku rasai sebentar lagi setelah aku dropkan link belog aku ke dalam box comment beliau
oleh itu marilah same-same berdoa agar aku menduduki carta yang agak top supaya aku memenangi hadiah daripada belia
hahahaha .. muka tak tahu malu kan.. 

aku cakap same korang ni..
hadiah lumayan beratus-ratus hengget korang tak mahu ke??? bukan sikit nilai  tu
banyak ler masyaallah..
aku taknak lepas peluang

dah aku tak nak membebel panjang
teman aku jawab soalan-soalan wajib dijawab kalau nak sertai contest nie..


1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)
Baru seminggu saya wujudkan belog ini. tidak bermakna belog baru saya pon orang baru dalam belog. Tidak. Saya dah lame berkecimpung dalam dunia . Belog lame sudah dihapuskan. Belog saya ini,saya suka berkongsi pengalaman dalam dunia fesyen,dunia percintaan,dunia persahabatan,dunia keluarga,dunia persekitaran saya dan dunia semasa. Saya amat gemar terjah dan selidik sesuatu sebelum menghasilkan entri. Namun begitu,belog saya masih baru dan saya mahu belog saya adalah yang terbaik untuk para pembaca belog saya.

2) What is your personal style?
Saya ade keinginan yang agak besar untuk memakai high heel,pakaian ala-ala super model macam dalam gambar-gambar super model pakai tu sehingga nampak vogue,bergincu,makeup,bulu mata palsu,blusher OMG! awesome! tetapi dengan gaya kehidupan yang saya miliki saya bergaya simple sahaja. Biasanya apabila saya hangout,saya akan mengikut keadaan tempat untuk bergaya. Biasa bergaya dengan T-shirt kerana saya selalu lepak-lepak dekat pantai je pon. Ala lepak-lepak je, bukan nye nak melaram. Tetapi apabila saya sudah melaram, saya akan mengenakan high heel 3 inci,dress yang kembang bawah sampai parat lutut supaya tutup ape yang patut,skinny jeans supaya nampak kembang diatas,kecik dibawah dan main style saya adalah pada bahagian kepala, always use pashmina,shawl or sewaktu dengannye.. dapat bayang tak? yeah itu style saya

3) A picture of you in one of your favorite outfits:
Kalau boleh saya nak letak macam-macam gambar style saya tapi ape boleh buat. Beliau,Sandra Azwan mahukan 'A Picture' sahaja.. Oleh itu, saya letak pic ini.. (perhh menyesal pulak aku tak amek pic banyak2 time tengah melaram)





4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?
jikalau melihat semua peserta yang sertai,eh memang takdenye aku tesenarai nak menang , setakat top berapa ntah je yang mampu. Tetapi hello, aku ade keyakinan .So, aku berani dan confident bahawa aku adalah The Next Malaysia's Top Female Blogger 2011 kerana aku seorang blogger yang suke mengkaji,menilai dan mempraktikkan ape yang terhasil. Ye, aku nampak je baru dalam dunia berblogging, entri pon bape cipot je tetapi aku ade usaha..Insyallah.


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because? 
Actually,aku baru je terjumpa blog beliau,Sandra Azwan ni. Tengah merayau-rayau dalam dunia maya ni sekali jumpa belog beliau sampaikan tertimbul rasa teruja nak follow. Tambah lagi,dengan contest beliau lancarkan perhh lagi bertambah gempak. Memang hebat!..Thanks kepada anda Sandra Azwan



Syarat-syarat Penyertaan:

1) Terbuka kepada semua blogger wanita sahaja.
2) Penyertaan anda mestilah original.
3) Pastikan jawapan anda ringkas, padat dan mencerminkan personaliti anda.
4) Senarai ‘TOP 30’ akan diumumkan setelah berakhirnya pusingan yang pertama.
5) Jawapan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
6) Pastikan anda meletakkan banner contest ini diatas entry yang dibuat dan juga di Sidebar blog anda.(Sehingga contest berakhir)
7)Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai contest ini, emailkan kepada saya:sandraazwan@gmail.com
8) Pastikan penyertaan anda mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
9) Impress ME!!!!
10) 3 Lucky winners will be chosen from 'TOP 30' finalist and the winners will receive:


Main Prize: Sandra Azwan ‘Baby Doll Dress’ worth RM850.00, T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ DOME, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.


1st Prize: Sandra Azwan ‘Front Zipper Top’ worth RM550.00, T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ DOME, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.


2nd Prize: T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ Coffee Bean, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.

Have fun and good luck girls!




^.^




Wednesday 11 May 2011

persahabatan : 6 Atas Sastera 4



Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
^.^

entri ini tentang persahabatan


Ya Tuhan ku!
Oh My God!

sebelum aku mulakan cerita aku ni, aku nak minta maaf sangat-sangat dekat kawan-kawan ku.
entri kali ni aku cerita pasal korang

seperti mana korang tahu la kan,kelas kita bagaikan dilanda hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir satu taman melaka baru. kawasan rumah aku tuh!.. korang tahu tak 2.
aku tak nak lah rumah aku banjir beb.. 
nanti katak-katak tumpang rumah aku
kalau katak-katak tu dah tumpang,mane lagi aku nak tidur..
tak kesian ke??
hahaha
perumpamaan jelah,bukan betul-betul pun..
kalo betul,aku lah orang pertama masuk paper berita harian sebab aku kan citer nak top je..
bhahaha...
:p
(minta maaf sebab mengaku)

miss this momment <3

setiap persahabatan mesti akan lalui beberapa peringkat...


  • peringkat pertama :  ~ sesi perkenalan

korang ingat tak lagi mase hari pertama kita jumpa.. dekat dalam dewan kan?? ok lah aku jujur.. mula-mula mase aku tengok korang buat pertama kali,aku pikir korang dari kumpulan huru-hara,yang suka buat hal sendiri,nak bertentang mata pun aku takut korang jeling aku balik terutama syafika n shakiena ..tak sangka sekarang mereka berdua lah teman paling rapat dengan aku  termasuk fatin..aku rase sangat seronok..
kalau korang nak tahu,aku ade masalah dari segi berkawan..
Dulu aku pendiam,tak macam yang korang kenal aku sekarang ni.. dulu time aku dekat tun mutahir, dalam kelas suka buat hal sendiri, aku tak de kawan,kalau ade pon kawan lelaki  name dia lutfi sebab dia ade jiwa kepempuanan..yang lain semua cina, nak berkomunikasi pon dalam bahase diorang.. tapi ade lah jugak kawan perempuan melayu dalam kelas tu.korang mungkin  kenal kan shahira n munirah?? diorang budak kelas aku. aku penah try nak cube berkawan dengan diorang tapi sebab diorang pernah salah sangka kat aku sampai aku segan nak berkawan dengan diorang..so aku ambil langkah buat hal sendiri..diorang memang baik,aku je ego.

fatin,shafika,shakiena

bila aku dah dapat korang,aku seronok sangat.. aku memang hepy giler dengan budak-budak kelas aku sekarang ni..impian aku dalam persahabatan..aku berangan nak ade kawan macam dalam cerita korea tu. 
n tak lupa jugak aku ade kawan baik dan teramat baik,name dia zubaidah..aku sayangkan dia sangat-sangat sebab dia memahami aku termasuk izzah nabilah..^.^ izzah mesti ade dengan aku bila aku ade masalah..dia memang caring giler.

mira,zaimah,syuhada,nantini,sam

  • peringkat kedua: ~ perbalahan
Dah macam sain sukan je kan konsep ni..hahaha
seperti mane kita lalui sekarang.. bila dah lame kenal, mula lah kite semua "kuaq ekor"..dalam bahase melaka nye sikap sebenar kita dah semua orang lihat n tahu. 



sebenarnya kita semua masih awal dalam persahabatan..betul x??  kita ni semua  tengah nak mengenali antara satu sama lain.. kita semua pulak bawak sikap kita masing-masing..sikap baik dan sikap buruk
sikap ko yang giler lah, sikap ko yang cakap lepas lah, sikap ko yang suka tolong kawan-kawan lah, sikap ko yang suka buat kelas jadi riuh la, sikap ko yang hapening la,sikap ko yang gedik lah,sikap ko yang suke show off lah, sikap ko yang arghhh takkan semua nak aku cakap,korang pikir la sendiri.
bila sikap tu kita bawak dan kita selese dengan sikap tu,kita tak sedar kadang kala kawan-kawan kite bengang n mual serta menyampah..
betul tak..
so, ape yang dah berlaku tu korang kene ingat ini proses sebuah persahabatan.. kalau tak ade perbalahan tak lengkaplah sahabat sejati..hehehe.. 




  • kesepaduan
aku hope sangat kita semua capai kesepaduan ..  tolong lah tunai kan hasrat hati aku ni..
aku nak sangat capai sebuah persahabatan yang indah sampai tak boleh lupa sampai hari tua.
nanti aku boleh cerita kat anak-anak aku dengan nabil tentang mamy n dady diorang ade kawan-kawan yang hebat macam korang..^.^ hehehe :p



cuba bayangkan, kita semua sporting, bergurau sende,tak ade ego,tak ade dengki,tak ade maki hamun, tak ade bende yang sial lah..yang ade semuanya hepy,semuanya buat kita rase semangat nak belajar.. boleh tak??



boleh tak weyh!!! aku seronok bergila-gila dengan korang..tapi korang jangan lah menyampah dekat aku..
aku memang gila-gila. aku belum sedar lagi mane tahu ade orang tak suke aku ke...

haaa!!!ape kate???

kita buat satu slot nak??
slot ke??
arhhh papelah..

macam ni..

kita sediakan satu peti.
kita tulis tentang ape kita tak puas hati dengan kawan kita..
lepastu kita masuk dalam peti

sampai satu mase,kite buka n bace depan kawan-kawan
bukan nak memalukan lah beb..
tapi kita kongsi masalah dan kita selesai same-same

dengan ini boleh lah kita semua dianggap sporting sebab kongsi masalah bersama dan boleh capai kesepaduan..

nak tak??

cadangan aku je..
sebab cara ape lagi kalau nak solve kan??
kalau ade,sila sms aku sekarang....
haha



...................................................................


perhhhh nape aku buat entri macam ni
segan giler beb...
malu aku
koyak muka aku
camne aku nak pergi sekolah ni , aku dah segan derr

hahaha
demi nak korang faham isi hati aku
aku sanggup lah

ingat!!
aku nak sebuah persahabatan dari korang wahai
sajidah
syafiq

*errr nape wana lari ni... aduh,yang name korang terhighlight to bukan aku buat taw.. blog ni giler..
mampus aku kalau ade yg pk aku pilih kasih or what ever..
janji aku syg nabil
(ape kene mengene nye ni??)
hahaha layan jelah otak aku


 time bufday fahmi


the movie of K.A.M.I



hope korang semua sporting
hope korang semua tak jadi macam aku yang dulu-dulu
hope korang tak berdengki satu same lain
hope korang wat aku semangat nak belajar
hope korang terbaik
hope korang buat cikgu-cikgu bangge dengan kita semua terutama mama kita!!!


^.^


ikhlas dari 
Nurnadhirah Rafiah Idrus 

6 Atas Sastera 4


*jangan gelakkan aku =.=
:p

Saturday 7 May 2011

punca dan cara kawal lebam bawah mata. buat diri nampak xkemas je kan?



secara logik lah kan,bukan nak bangge ke ape kalau aku cakap aku di kurniakan kulit yang agak cerah sampaikan kalau aku open tudung je mesti orang boleh ingat aku ni cina.
 ni pon kulit ku dah agak gelap kot  akibat merayau naik moto n kadang kala berkawat sampai panggang kulit aku.
 Papepon bukan pasal cerah or x yang aku nk cerita..
tapi lingkaran hitam kat bawah mate..
dah lah hitam,sembam pulak tu..kompem-kompem nampak macam orang sakit

bila putih campur hitam ape akan jadi?? 'tapen' cicak? :p

xmo lah aku macam tu

tadi, bosan-bosan aku belek-belek lah muka aku depan cermin
aku renung lame-lame sebab nak menghayati wajah ku ini..hahaha..
 tup tup
aku perasan yang muka aku sekarang ni bagaikan 
  • orang pemalas nak jage muka,
  • orang yang sakit, 
  • orang yang lepas menangis,
  • orang yang ntah pape lah..

sampai kan hencik nabil panggil aku endon!!!!!
halamak aihh..
hahaha apekandaye

putih+hitam= bagaikan pontianak pakai celak


hitam sebab make-up ke,pakai celak ke, xpe.. ni sebab sembam macam orang menangis tak dapat makan maggi tomyam yang sangat lazat tuh..

.....................................................


so,aku round-round lah dengan hencik google.. 
tembak web-web yang ade citer pasal lingkaran bawah mate

banyak lah juga punca-punca or sebab-sebab yang mengakibatkan hitam bawah mate atau "eyes bag" ni

  • pemalas nak tidur awal..
  • degil sangat! asik-asik mengadap komputer je
  • menangis!! biase lah perempuan suke benor menangis kalau pakwe tak bawak jalan2..aku x eh. :p
  • darah yang tak stabil dibawah mata
  • kadang-kadang disebabkan penyakit yang boleh buat mate lebam..penyakit baru-paru /pernafasan
  • faktor warna kulit..kalau kulit cerah,mudah nampak eyes bag (whatherpark!)
  • keletihan
  • faktor genetik
  • kekurangan nutrisi..hampa tak kuat makan buah-buahan buat apaa, haa ni lah akibatnye.
  • kulit bawah mate sangat nipis,kalau kite pakai toner pastu gosok kuat-kuat kat bawah mata tu,abis lah jawabnye


bagaikan seekor panda yang comel


.........................................................

ada beberapa cara nak merawat hitam bawah mata ni..

antaranya ialah:



  • macam semua orang tahu,cara tradisional orang dulu-dulu pakai timun. hiris timun nipis-nipis lepastu tekap pada mata sebelum masuk tidur
  • pakai uncang teh yang dah kene rendam dengan air panas  lepas tu tekap pada mata
  • elakkan time basuh muka gosok dengan kuat sebab kulit bawah mate kan nipis,si akan buat kendur je kulit bawah mata
  • membuat urutan pada bahagian mate..search sendiri dekat hencik google pasal urutan mata
  • bangun pagi,basuh muka dengan air sejuk dalam peti ais tu..dipercayai kerana air sejuk dapat melancarkan darah pada bahagian mata.. tak pun,urut mata dengan ais batu..
  • pakai bedak kulit rambai sebagai masker atau bedak sejuk..
  • pergi jumpa doktor untuk terima rawatan
  • pakai make-up tebal2 atau conclear tebal2
  • guna produk yang korang rase selamat macam produk garnier



dapatkan di pasaran yaa


.................................................


macam tu lah ceritanya....
yeahhhh!! 
korang baca sampai abes ek entry aku ni...
thanks oww..
terharu den..hehe


rindu saat mate tengah licin tanpa lebam ..huhu :'(

................................

aku hope perangai aku yang malas nak jage kesihatan mata ni akan berubah lepas ni.
demi kesihatan,aku sanggup berubah!!
eceh ceh,..(cakap je lebih..tengok lah 2 minggu lepas ni,buat ke idok xtahu lah)
hahaha


baiklah..
aku stop untuk entri ni
stop bebel
stop ngadap notebok ni untuk hari ni
stop stop stop dan pergi mandi..

ok..
tata

assalamualaikum





Friday 6 May 2011

ucapkan "hai" kepada blog baru ku ^.^



hehehe
hahahahaha
hohhohoohohoho
(ketawe orang jakun yang berjaya wujudkan belog baru)

(^w^)   <---- (konon nak tunjuk senyum nampak gigi la tuh)


hehe


sejak diberi lampu hijau untuk buka account belog baru,sejak tu jugak lah senyuman poyo aku tak lekang kat bibir pipi aku ni haaa.
dah naik bengkak kot tuu..
nak senyum lebau tak boleh sebab takot jugak kalo-kalo lalat dok masuk mulot..
dah lah dulu penah jugak aku bela lalat dalam balang..hahaha.. memang sengal. tapi syok. 
;p


"nad,nape aku bukak belog ko dah tak boleh??"
"kakak!! belog akak tak boleh bukak kenape?"
"woi nyonya gile,belog ko dah gile gak eh?"

"haa??padam!!!! pehal plak?"
"alaa!!kak padam kenape??"
"ko ni gile gak eh belog da gempak2,gile"

lalalalalala~


baiklah...
memang belog aku yang dulu dah kene padam
memang dah tak boleh nak buat ape-ape untuk selamatkan belog lame aku tu
perhh sungguh miss giler! follower pon boleh kate an sedap2
tapi,apekandaya, bubur tak boleh jadi nasi.. pasrah kan saje lah..
huhuhu

:'(
nangis dalam syahdu

.......................................................................


sudah-sudah lupe kan kisah dulu..
ingatkan kisah esok..(agak-agak ade yang faham x :p )

Excited!!

memang tengah excited ni...
nak je jerit-jerit, melolong-lolong macam tarzan dalam hutan tu
tapi x boleh buat macam tu lerr sebab yelahkan,takot gak kalo suare serak nanti,langsung peminat2 aku lari..(bhahaha bajet)

nak kabo ni haa
dongar lerr

jom la cakap "Hai" kat belog baru aku ni haa
kesian dia,macam ketinggalan zaman je dalam dunia belog.. 
belog baru aku ni pon jeles tau tengok follower dia yang tidak berjumlah tu..
meh la follow belog kite yang satu ni haa.. baru lah dia ade semangat sikit nak bebel-bebel, merapu-merapu,meroyan-royan
hehehe


belog baru,berwajah baru,cerita baru,dunia baru,idea baru,semua baru. 
penulis je x baru-baru kot.. 
asik still comel je dari dulu sampai sekarang...
hahaha :p

sudah sudah.. lagi panjang entri aku hari ni,lagi teringin aku nak merepek-repek


kepada yang sudi n terima dengan penulisan belog aku sebelum2 ni,aku nak thanks sangat-sangat kat korang coz ade jugak yang minat kat belog aku tu.. hope kali ni pon ade yang terus menyokong bebel-bebel aku dalam belog ni yaaa!!
hahaa

baik lah .. ku mahu menghiasi kamar belog ni
bagi cantik.
biaq semua owg jeles..
hahahahaha  


salam ^.^