nuffnang

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 3 August 2013

Semester baru


Maaf. 7 bulan tak update entri baru.
Tak tahu nak tulis ape. Hoh.

Nak cerita satu persatu aktiviti sepanjang 7 bulan memang tak lah . Panjang ceritanya.
Malas nk taip panjang-panjang. :p

Nak dibuat cerita bulan september tahun 2013 adalah pembukaan semestar ketiga. Maksudnya aku dah jadi senior. Tambah lagi dah libatkan diri dalam Pemudahcara Mahasiswa. Memang kaw2 lah pangkat senior aku. ngehngehngeh. Freshie akan masuk dan aku selaku Exco Biro Sukan dan Kesenian.
Jadi kenalah conduct segala aktiviti yang melibatkan sukan.

Sengaja nak libatkan diri dalam benda2 macam ni. Pokoknya mau cari pengalaman. Nak belajar dari kesilapan supaya  dapat belajar dari situ.

Memang agak rase gementar + seram jugaklah pegang jawatan macam gini. Sebab kolej Dayasari merupakan kolej sukan. Jadi kalau tak juara kali ni memang malu lah. Arghh. Tolonglah Freshie jangan malukan aku n the geng . Jangan bikin cuak.

Jadi selepas berirkar dan tandatangan akur janji pemudahcara mahasiswa ni mulalah kehidupan menjadi sangat bussy. Dan kali ni  kene betul2 pandai bahagikan masa. Sem lepas agak aktif dengan pelbagai aktiviti dan masa  untuk belajar tu ada tapi itulah kalau malas tu dah menguasai diri. Apepon tak boleh.

                                                   


Bergambar dengan sebahagian daripada budak kelas yang agak pantang nampak kamera. Masa ni dekat Escape Penang dimana kumpulan aku yang terdiri dari Gary,Bryan,Diane n Ching  diberi tugasan untuk membuat kertas kerja lawatan ke Escape Penang. Selepas naik turun jumpa Timbalan pengarah pusat sukan minta itu minta ini sponser lah kami berilah kami itu ini pung pang pung pang akhirnya sampai jugaklah kami dekat sini(Pulau Pinang). Hampir 11 kali ok aku n the geng kene edit balik proposal. Belum lagi cerita KSR yang aku join.

Memang seronok cari pengalaman macam ni. Nanti dah kerja nak handle ape2 event takde lah kekok n cangguk nanti.

Jadi itulah nak cerita hari ni.

Ok Bye nak pergi Shopping Raya. hihi

Salam.
                                       




Friday 21 December 2012

Budak pemalas nak update blog


Roomate aku AZi dan ADah..
Rajin betul bukak buku.

Azi. Aku tengok cara dia belajar.pon dah buat aku gerun.
Fuhh,tidur lewat malam bangun awal pagi.
Semata-mata nak mengadap buku undang-undang dia yang tebal gedabak.

Adah. Dia pon same. Balik tukar baju terus buka notebook layan fb dia,twitter dia lepas tu buka buku belajaw berjam jam.
muka stress,tension sebab test.
Nak ajak guraw aku yang balik takut

Aku. Aku terus bangun pagi main henpon pastu main game lepas tu youtube lepas tu facebook pastu blogwalking pastu bace buku kejap tak berape jam dah dengkur .
Dari pagi sampai malam tu jelah keje aku.
Pemalas.

Ape nak jadi dengan aku ni. Hishh.

Agaknye kene tunggu fail dalam exam baru nak sedar kot.

Rakan-rakan coursemates aku mesti tengah hempas pulas mengadap buku..

Arghhhhh wake up nadhirah!!!

Monday 3 December 2012

Kena Bantai .. Painball


Classmate:   Nad,kau nak join paintball??
         Aku:   jap,pikir dulu......kau join ke?
Classmate:   Aku pergi. Ipah pon pegi



Balik. Campak beg. campak file. campak tudung.
Terbang terus ke atas katil.
OOOoouhh lege gile dapat buat kuak lentang sambil kuak tangan macam kupu-kupu bertebangan.
Nampak sangat keletihan yang aku alami sejak sekian lama berada disini.
.
.
.
Sesudah puas melelapkan mata 3 jam berturut-turut......

.
.
.

Cek siswamail.
daripada SERU....

'peluang untuk anda bermain paintball secara percuma. Rebutlah peluang ini...'

Ok Fine. Nak Join!!! -



So,Pada hujung minggu bulan yang lepas,
selepas segenap sudah aku berada di UM,
 aku telah melibat dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti UM. (padehal 2 3 aktiviti je pon).
Salah satunya adelah....




 Paintball.


~Menapak dulu dekat UMcentral.
Tunggu classmate2 datang.

30minit kemudian.

"Mahasiswa-mahasiswa mari naik bas kita nak gerak dah ni.."

Classmate-classmate tak muncul-muncul

nampaknya aku kene tipu atau nak difikirkan positive ,maybe classmate2 aku tu sibuk kot.
Xpelah.
dok lah sorang-sorang :'(



"hana !! lari-lari sorok bawah pokok cepat."

"Hazam!! jaga Jiha jaga Jiha! jangan bagi dia kene tembak"

Arghhhhh!!!! (peluru tepat kena dekat peha aku)
Belum sempat nak gosok peha yang tengah sakit
 Aghhhh!!! (tepat kene dekat jari jemari aku)
ARGHHHHHHH!!!! bengkak pulak bahu aku kene tembak.

perhh mahu je menangis kat situ jugak.



           kononnya tak sakitlah tu boleh posing



                      paintball campur darah



                  wajah luka ku selepas dibasuh

ni baru sikit aku tunjuk belum lagi lebam kat peha.
Uhuks.


               Benda binatang ni la buat aku lebam

peluru paintball tu tak silap dibuat daripada lemak-lemak kerbau dan lemak-lemak sayur.
bila dah kena tembak,hanya kulit kita je terkoyak
dan tak mati pon
kecuali tembak burung. matilah dia.



bila dah kena tembak, paint akan memancut keluar
Jadi,apabila pihak lawan yang dah terkene paint,
senang nak cam dan senang nak halau mereka keluar dari game

kumpulan aku nasib baik tak ramai keluar


             Professor yang tak diingat nama

Inilah dia pihak lawan aku.
Beliau adalah Professor dari fakulti komputer
dan beliau dah banyak kali mati di medan tempuran.
Beliau telah mendapat 6 das tembakkan.
Walaupun dah kene tembak,tak serik-serik nak main lagi tu.






Selepas game tamat,aku pon say goodbye .. hekhek.



*Yang penting kumpulan aku menang.
Yeppi ^^





Tuesday 17 July 2012

Dulu aku last



Memang betul dulu aku malas sangat nak belajar,
Dulu aku suka main henpon ,main mesej-mesej
Kalau dua bende ni letak dekat atas meje belajar,aku akan pilih henpon (watu tu pakai csl murah 90henget tp tu lah bende kesayangan aw..hihi) berbanding buku-buku yang tebal nak mampuih yang buat mate berpinar2.

Dulu markah sains sukan aku suka dapat merah.

yelah orang dah pemalas memang lah dapat merah kan?? 
bila dah masuk form 6 teman paling rapat kite adelah dengan buku,tapi aku rapat dengan henpon.
Tidur dengan henpon,
Mandi dengan henpon,
Makan pon dengan henpon.

Dasyat . Sungguh dasyat bile tengok reportcard kecemerlangan. Merah dalam sains sukan.
Eh aku bencilah subjek ni.
Kalau tak sebab abah aku,aku takkan ambil subjek sukan-sukan ni..
Porahhh...

..................

Time kuliah, Pn.Alifah (guru sains sukan) suke sangat bangga2kan anak murid dia yang berjaya masuk Universiti. 
Suke benor dia dok cerita zaman dia muda-muda dulu masuk sane sini,aktif sane sini
Bile dengar dia bercerita,rase macam seronok pulakkan adventure2 ni.

Hampir setiap kali kelas mesti mukadimah nak cerita pasal pengalaman2 tak pun bekas anak-anak murid dia tu..
Jeles. 
YE !!! aku jeles leeerrrr. 
Aduhaiii.. 


Cikgu pernah malu kan aku secare tidak sengaja.
Dalam kelas sains sukan hanye dua orang je gagal.
Aku lah salah seorang yang gagal tu.
Cikgu boleh pulak sebut name aku. "Nad!!?? awak gagal okey dalam subjek saya" 
Memang buat kantoi betul.
Baru nak sorok markah ujian tu.

Tersentap. Malu.

 Sejak tu aku dapat rase cikgu tak letak harapan tinggi dekat aku. Dia tak letakpun aku calon yang cemerlang.
Giler time tu memang rase diri aku ni bodoh je .

Aku berkawan dengan budak pandai-pandai.
Kiena, Atin ,Mira,Asma bila cikgu soal mesti dapat jawab kadang-kadang boleh berdebat.
Aku perhatikan je ,canguk,senyap. 

Sejak peristiwe tersentap aku mula bangkit.
Aku tak nak jadi melayu yang cepat layu.
Aku nak bangkit selepas jatuh.


..................................

Akhirnya selepas setahun setengah menuntut ilmu aku memperolehi kecemerlangan yang tak disangka-sangka.



Saat aku tengok status ni rase macam tak percaya.
Aku takut UM salah ambil orang je.
Syukur Alhamdulilah.

Mak n Abah mesti rasa seronokkan.
seronok rasanya dapat banggakan mak abah.

Mase call atuk n opah kat Perak n Selayang diorang punya nada bunyi seakan gembira sangat..

yelah dulu aku jelah cucu yang tak masuk Universiti lagi. 

Syukur sangat2.

Terima Kasih Mak Abah,Cikgu-cikgu,Kawan-kawan,Opah2 Atuk2 ku n paling rapat dengan aku,Nabil :')
Tak kerana mereka aku tak setahap ini. :')



Kerana cikgu ni aku sedar aku boleh
Kerana cikgu ni aku bangkit dari jatuh
Kerana cikgu ni aku mencuba sesuatu yang baru
Kerana cikgu ni aku berjaya menjejak kaki ke Universiti Malaya.


Terima Kasih 

Tak lupa juga Pn Noraini,Pn khatijah,En.Iskandar,En.Khalid dan En.Norman

:')

Saturday 30 June 2012

hatiku tak tahu nak bicara macm mana lagi dah



Bayangkan kau semua tengah dengar lagu rancak, rock kapak sambil hentak-hentak kaki pegang mikrofon dan jerit sekuat hati..
Itu yang aku tengah rase sekarang.
tak tahu sama ada tengah gembira atau tengah bengang.

Entahlah....

Mungkin sedih aku tak macam Irine Nadia dapat kahwin awal. 20 tahun dah kahwin dan kebanyakkan blogger datang meraikan hari beliau.

kau tahu jeles???

syok giler .

aku??

agaknye kalau dibenarkan tilik nasib. nak je aku tilik sekarang.


Atau mungkin aku tak sabar-sabar nak tahu keputusan sambung belajar?

Ye, agaknye lah kot .

lepas dah tahu mesti rase gembire tak terkata menjerit macam dapat jumpa Jesse McCartney yang sekeping dia sebiji macam nabil ku..
Lepas puas , rase sebersalah pula nak keluar dari melaka.


aduhh tolong la jangan macam ni.






nak aku chill macam ni????


boleh. 

misalnya aku sambung belajar dekat Kuala Lumpur, pleaseeee pindahkan KL dalam melaka
pleaseeee


Aku tahu itu mustahil..


Haishhhhh

;'(

Saturday 11 February 2012

tangan yang gatal,badan yang binasa



macam biase masuk kerja tukar baju,tukar kasut ,tukar tudung .
berlanggar orang belah kanan,berlanggar orang belah kiri. (boleh bayangkan dia punye sempit??)
terdengar bunyi bisikan halus seakan-akan mencarut. 
siot.
kau maki aku dalam diam kan?
xpe,orang gile memang macam tu


aku lah antara manusia yang tergolong dalam golongan orang yang paling kesian
loker aku paling bawah sekali
tak mustahil la kalau seluar aku koyak tengah-tengah. damnn.
kadang kala aku dapat bau seakan-akan bau telur busuk yang dah lame tersimpan dalam perot mereka.
aku diam. dalam hati (eh bangang kau kentutkan aku kak??)
sediss.


aku bukan merungut, bukan mengumpat. tapi aku sakit hati.


(*w*) 




aku mulakan kerja aku.






5minit kemudian...


10 minit kemudian.....


15 minit kemudian.........


30 minit kemudian...................


senang cerita 1 jam kemudian...........................








"nad,akak sakit perot lah. akak takut lah nak pergi tandas malam-malam macam ni. kau bukan tak tahu kan?? cepat leeee!!!!"


belum sempat aku kemaskan barang-barang,tangan aku ditarik dan disentap.
nak tak nak, aku dijadikan badyguard yang tak bergaji untuk akak debab. 
akak debab sangat seronok melepaskan hajat.
aku?
aku di depan pintu tandas terpaksa berpura-pura menghidu oksigen yang segar bugar sambil bernyanyi-nyanyi dan membalas mesej <3 (nabil)





........................
"pipi akak sakit lah nad. cube ko rase sini ade biji-biji" - kak ekin
........................




 3 jam sebelum habis watu kerja...........




badan lenguh-lenguh
urat tegang
bangun dari tempat duduk yg sudah 4 jam tak bergerak dari tadi
arghhhh,nikmatnye dapat berdiri.
terase darah yang tersekat dipunggung mengalir deras turun kebahagian kaki.




macam biase bila xdek keje
aku merayau ke satu tempat kesatu tempat
tanye itu tanye ini
gurau itu gurau ini
usik situ usik sini
cubit situ cubit sini


"SAKIT LAH NADDDDD!!!!! HAWAU LAH KAU NI"


hehehe kene maki percuma dengan kak ekin.
aku terlupa yang pipi dia sakit
aku tersentap 1 jam.
langsung tak bertegur dengan kak ekin
dia bilang aku "hawau" ???
xpe,dia orang melake aku kene faham.
 tapi aku sentap =.="






1 jam kemudian..........




"nad,jom rehat" - kak ekin




ok sentap aku dah hilang.
sekarang back to normal.
huh lege ~~~~















Thursday 9 February 2012

kene buli lahh


4 hari keje pagi, 4 hari kerja malam . cuti 2 hari . Oh sangat awesome . Kalau buat ot dalam masa 3 or 4 hari,gaji boleh dapat 1k.. yeppiiii


Duit-duit tu semua aku nak belanje sampai habis!! wakaka..
tidak,tidak. harus dan wajib simpan RM500 dalam bank. mane tahu kumpul banyak-banyak nanti,cepat gak beli kereta ke,beli funiture yang cantik-cantik lepastu hias sendiri macam deko bersama eric .   
bestnye..
misalnye kalo future hsband aku (insyallah nabil <3) beli apartment ke,ape ke aku nak hias sendiri setiap ruang macam IKEA tu . perghh, nampak mewah   ..
ahakss . berangan dah ni . 


First gaji dulu dapat seciput je..  Tapi ape ade hal. Name pon baru kerja,masuk pulak tengah-tengah bulan..
Dapat gaji stret keluarkan RM150. RM50 belanje mak beli barang dapur,RM70 bayar saman tak pakai tali pingang. RM30 beli barang kucing-kucing.  

tak puas lagi tu,aku keluarkan lagi duit dan sekarang tinggal la RM 28.32 dalam akaun mybank aku tu.. hahaha.  agak2 boleh ke aku tetapkan matlamat nak simpan RM500 setiap kali gaji???

Semoga aku menjadi perempuan yang tidak mudah boros dan tidak mudah mengikut nafsu..




" Seeloknye kite kerja lah dengan niat kerana Allah s.w.t. kalau kerje semata-mate duit je,tetibe nasib kau tak baik,mane tahu kau kene rompak time cucuk duit,tak ke rase arghhhhh bongokkss laaa cisss!!!"


ok aku dah faham. Niat aku bekerja sebab nak isi masa lapang n tolong mak abah kerana Allah s.w.t dan kumpul duit untuk masa depan.

.................................

saje nak tayang an sorbet tu.. kiki

aku ni kan budak baru lagi kat tempat kerja. aku pon tak terlepas kene buli dengan orang lame...
tak pe, tak pe . 
buli lah lagi,saya boleh buat lah kalau anda hantar saya bahagian scope.
Dulu mase form 5,saya belajar biologi pon pakai scope..

Then,baru sehari pakai scope aku dah muntah-muntah n pening-pening.. memang satu cabaran..

Jadi pekerja baru macam aku ni,tak habis-habis diorang nak dera perasaan aku..
Nak tukar shift pon aku kene ngumpat dengan diorang.

Iri hati dengan aku pon ade.. aiyaaaa.

bende remeh je ni, ingat aku kisah??????
janji aku ade superman yang boleh selamatkan aku. ( <3 nabil)


saya nak kerja dengan niat yang suci...


ceewahhh :)



errrr result STPM nak keluar dah.... dup dap dup dapppppppp...