nuffnang

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 16 July 2011

ku beri kau peluang



Semakin tiba waktunya,semakin banyak kekuatan yang aku perlukan untuk teruskan hubungan ni.
Kerana sayang akan  hubungan cinta ni,aku jadi lemah dan aku membenarkan semua ni berlaku
Aku pura-pura menjadi tabah,tenang dan sewaktu dengannye
tapi hakikatnye aku perit,sakit dan nak menangis pon macam nak taknak je


Aku tahu. Kadang-kadang jiwe seorang lelaki pade perempuan tidak begitu serius.
Maksud aku,lelaki lebih suka berkawan dengan perempuan lain lebih dari satu orang.
Bermesra-mesra dengan mereka. 
pada mulanye aku cuba buat tak kisah, cuba pandang bende tu remeh sebab aku tak nak jadi queen control
lame-lame,sikap aku yang macam ni. aku di pijak
mate aku kabur sehingga tak menjangkakan aku di dua kan sekali lagi
tapi itu hal lepas.
mereka dah tiada ape2 hubungan dah.

Tapi aku seorang perempuan yang percaya akan janji.
Tapi janji itu di mungkiri.
Sekali lagi,aku memberi kemaafan kepadanye buat kali ketige.
Bodoh kah aku??
Jika aku tanye pada dia, dia menjawab "ye,sebenarnye dah lame tahu yang awak ni bodoh"
cisss, hati aku sakit bila dia bilang macam tu. katenye, "jangan lah amek hati,tu kan lawak sepah maharajlawak "

lawyer betol. *loyer buwok


Memang benar pon,cinta itu buta kan? itulah yang aku alami sekarang
Tambah lagi hubungan ni dah masuk 2tahun lebih.
Macam-macam dugaan ,susah , senang, perit pernah kami alami.


Kenape???

kenape lelaki suka kecewakan perasaan perempuan?
ape salah perempuan yang lemah macam aku ni? kenape janji yang di ukir olehnye sendiri dia sanggup khianati??
atau aku memang ditakdirkan menjadi permainan seorang lelaki??
aku begitu geram sekarang ni. 
haiiihhhh

nasib baik lah dia jarang bace entry-entry dalam blog aku ni.
aku tak nak dia tahu perasaan aku sekarang ni
dalam blog ni lah tempat aku berkongsi perasaan dengan siapa senasib dengan aku.
agar cerita ni jadi pengajaran untuk kalian di luar sane.



Aku memang nampak dan sedar yang dia memang sayangkan aku.
Dia dah habis beribu-ribu ringgit untuk aku tanpa permintaan aku pon.
Jangan salah faham k, harga sebijik arai  mencecah beribu ringgit. katenye arai tu untuk aku.
Jam tangan G-shock pon dia bagi aku.
Bagi aku,harta bukan alasan cinta aku
tapi bukan melalui wang ringgit sahaja yang aku nampak bahawe dia sayangkan aku
Dia bersungguh-sungguh kenalkan aku dengan famili dia sendiri lebih-lebih lagi mak dia sendiri
jadi,perkara tu buat aku sangat terharu kerna hubungan ini sudah pon melibatkan keluarga


tapi dia sebagai seorang lelaki,haruslah hormat aku sebagai teman istimewe dia, kenape perlu ade perempuan lain untuk berkawan yang melebih-lebih dan mengedik-gedik?
tak ke macam sial je perangai tu.
haa, kan dah keluar bengkak aku.

dalam kesedihan aku hari ni. Aku selitkan kekuatan.
Aku harus kuat
lagi pun aku dah paham sangat perangai lelaki ni.
lelaki lain yang kat luar sane pon tak mustahil same jugak 2x5 macam dia
jadi,kalau putus pon xde gunanye. 
kelak,kene lagi bende yang same

aku takut kehilangan.
sebelum aku kecewe dengan keputusan yang aku buat,aku perlu fikir masak-masak
jadi sekarang ni, aku beri peluang kepadanye
setiap kali solat ku,aku tak pernah lupa berdoa agar kau berubah Muhammad Nabil Mohd Noor
semoga rintihan dan doa ku ini memberi kebahagiaan yang kekal kepada kita mase hadapan



gambar ini di ambil ketika aku di landa kesedihan dan dia datang menjelaskan perkara tu
romantik jugakkan settle n berbincang masalah kami atas tasik sambil berkayak??
hehehe.


doa kan aku kuat.