nuffnang

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 3 December 2012

Kena Bantai .. Painball


Classmate:   Nad,kau nak join paintball??
         Aku:   jap,pikir dulu......kau join ke?
Classmate:   Aku pergi. Ipah pon pegi



Balik. Campak beg. campak file. campak tudung.
Terbang terus ke atas katil.
OOOoouhh lege gile dapat buat kuak lentang sambil kuak tangan macam kupu-kupu bertebangan.
Nampak sangat keletihan yang aku alami sejak sekian lama berada disini.
.
.
.
Sesudah puas melelapkan mata 3 jam berturut-turut......

.
.
.

Cek siswamail.
daripada SERU....

'peluang untuk anda bermain paintball secara percuma. Rebutlah peluang ini...'

Ok Fine. Nak Join!!! -



So,Pada hujung minggu bulan yang lepas,
selepas segenap sudah aku berada di UM,
 aku telah melibat dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti UM. (padehal 2 3 aktiviti je pon).
Salah satunya adelah....




 Paintball.


~Menapak dulu dekat UMcentral.
Tunggu classmate2 datang.

30minit kemudian.

"Mahasiswa-mahasiswa mari naik bas kita nak gerak dah ni.."

Classmate-classmate tak muncul-muncul

nampaknya aku kene tipu atau nak difikirkan positive ,maybe classmate2 aku tu sibuk kot.
Xpelah.
dok lah sorang-sorang :'(



"hana !! lari-lari sorok bawah pokok cepat."

"Hazam!! jaga Jiha jaga Jiha! jangan bagi dia kene tembak"

Arghhhhh!!!! (peluru tepat kena dekat peha aku)
Belum sempat nak gosok peha yang tengah sakit
 Aghhhh!!! (tepat kene dekat jari jemari aku)
ARGHHHHHHH!!!! bengkak pulak bahu aku kene tembak.

perhh mahu je menangis kat situ jugak.



           kononnya tak sakitlah tu boleh posing



                      paintball campur darah



                  wajah luka ku selepas dibasuh

ni baru sikit aku tunjuk belum lagi lebam kat peha.
Uhuks.


               Benda binatang ni la buat aku lebam

peluru paintball tu tak silap dibuat daripada lemak-lemak kerbau dan lemak-lemak sayur.
bila dah kena tembak,hanya kulit kita je terkoyak
dan tak mati pon
kecuali tembak burung. matilah dia.



bila dah kena tembak, paint akan memancut keluar
Jadi,apabila pihak lawan yang dah terkene paint,
senang nak cam dan senang nak halau mereka keluar dari game

kumpulan aku nasib baik tak ramai keluar


             Professor yang tak diingat nama

Inilah dia pihak lawan aku.
Beliau adalah Professor dari fakulti komputer
dan beliau dah banyak kali mati di medan tempuran.
Beliau telah mendapat 6 das tembakkan.
Walaupun dah kene tembak,tak serik-serik nak main lagi tu.






Selepas game tamat,aku pon say goodbye .. hekhek.



*Yang penting kumpulan aku menang.
Yeppi ^^