nuffnang

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 21 December 2011

Sebelum masuk kerja


Sebelum masuk kerja bulan Januari 2012 nanti,aku nak tunaikan segala keinginan yang dah lama bersarang dalam kepala otak aku.
Sekali gus,dapat jugak penuhi azam 2011 yang dah lame terbiar dan bersemak.

kesian .


Malam ni abah nak belikan mesin pemutar kek . yeppi!!
jadi,masalah keruan,kegelisahan serta kemogokkan bakal dihapuskan.
(pergi kauuu !)

Maknanya,client-client sekalian yang dah oder macaron tu boleh la tarik nafas lege .


...........................

Jadual aktiviti pada esok hari kompem-kompem jelah duduk kat dapur dari pagi sampai lah ke malam. 
Almaklum lah dapat mesin baru. Mesin lame dah boleh bagi kat budak-budak tadika. Biar la diorang main masak-masak  dengan mesin rosak aku tu.. 

....................

Macaron dan Apam Polka Dot ^^

Sekarang dah boleh main-main tepung dengan tenang. Dah tak payah nak pikir "bile la nk baca buku".

ahaks.





picture creadit to live journal

Tuesday 20 December 2011

Mata Aku




Bangun pagi ambil henpon , taip-taip ape yang patut dan send kepada hencik nabil. <3

Then,amek towel masuk toilet.

Then,pakai baju,pakai minyak zaitun,pakai bedak,pakai ape2 yang patut.

Then,amek penyapu,amek mop,bancuh air sabun pastu buat lah ape-ape yang berkenaan.

Then,keluarkan periuk,kuali,ayam mentah,daging,sayur-sayur . Menu hari ini ialah tomyam,ayam masak manis.

Then,duduk atas katil bukak notebook,layan facebook.

Then create entry untuk hari ni.

Then aku tak tahu nak buat ape. 

kau nampak tak gambar  tu?? Gambar aku. Disebabkan tak de keje,aku sengaja bukak paint,lepastu sengaja hitam kan mata aku. Biar kasi nampak bulat..
hahahahaha.
Tak de keje la kate kan.




Ok assalamualaikum.


nak layan 3Idiots ^^

Monday 19 December 2011

Selepas STPM kaki aku nak melangkah kemana?


hip hip hurayyyy!!

Dengan ini tamat lah sudah 1 Tahun setengah aku bergelar budak STPM.
Rasa seronok ade Rase sedih ade Rase pelbagai rase ade,masin ade,manis ade,lagi ape??

Fatin,Kiena,Pieka,Asma,Mullah,Fahmi,Mira,Samantha,Afiq,Lili, dan kawan-kawan yang lain, selamat tinggal :(




entah bile lah kan nak jumpa lagi??

korang semua jauh-jauh dari aku. kenapelah korang buat rumah jauh-jauh??aduhhh..

.................

Maka,bermula lah era mencari pengalaman kerja. Aku nak keje ape ek?? ade tak keje gaji basic dia 1000??? nak lah . tapi ape kojonye?? 

kalau aku keje sebagai guru sandaran ok x?? hmm,xnak lah nanti budak-budak buli aku . Kalau aku keje jadi pelayan kat Johnny atau restoren pulak?? hmm,nampak macam best tapi ntah la.
kalau aku keje kilang??? nanti orang pandang rendah kat aku pulak.

Eh??? yeke?? kenape lah kuno sangat orang-orang  yang pikir macam tu?? kan halal tu keje kilang. kalau buat over time boleh cecah beribu-ribu ringgit kot. apelah kan...
 Dulu-dulu,abah aku suka perli aku bile nampak pekerja kilang lalu depan kitaorang mula lah dengan ayat dia "tengok orang tu,kecik-kecik tak nak bace buku,kan dah keje kilang. Kamu nak jadi macam tu nadhirah??"

tu,dulu lah. sekarang dah lain. Orang masuk kilang setakat sijil SPM pon dah boleh pergi jauh tau. Ini mak aku yang cerita lah kan,anak kawan dia masuk keje kilang pakai sijil SPM je. sekarang pihak kilang dah hantar dia pegi belajar kat korea . Bila balik Malaysia dia dah ade pangkat tinggi dan gaji 2 paham-paham la kan.. Pehhh,gempak kan???

Jadi,semua pekerjaan tak mustahil  boleh ubah nasib seseorang. Yang tinggal hati n kekuatan orang tu sendiri je. kalau pemalas alamatnye tak kemana lah kau. 

renung-renungkan lah ye.

..............................

lepas je aku kerja ni,dah dapat gaji,aku betul-betul nak simpan duit. Dah tak nak jadi macam dulu . Dapat duit gaji,terus sekejap je duit habis macam air.. uihh dasyattt.
dah serik dah. Dah malas nak dengar n kene perli dengan hencik nabil . hehehe.

.................................

Dan keje sampingan yang aku nak buat ialah bisnes Macaron . hehe. Niat dah ade,tapi satu je masalahnye. 
Mesin pemutar kek aku boleh pulak rosak time-time macam ni...
aduhaiii..
Clien-clien dah tunggu dan aku masih tepinga-pinga nak caik pemutar kek.
dugaan , dugaan . 

...............................

semoga aku dapat kerja yang baik dan bisnes berjalan lancar serta kawan-kawan ku tak lupakan aku 

^^

tambahan lagi,semoga aku bahagia dan kuat dengan ujian kehidupan disamping mereka-mereka yang terpenting dalam hidup aku termasuk lah si dia. D'rabell <3